MINUM BANYAK AIR MASAK @ AIR SUAM


Manfaat minum air suam di waktu pagi .
Adakah anda amalkan setiap pagi ?


Air amat penting bagi kaum wanita. Kaum hawa perlu minum segelas air yang berkualiti pada waktu pagi untuk menjadi sihat dan cantik. Kandungan air yang cukup dalam tubuh badan menjamin kesihatan. Oleh itu, manusia terutamanya kaum wanita perlu minum air secukupnya, atau lebih kurang 7-8 gelas sehari. Air melembapkan kulit supaya kulit menjadi licin dan halus. Segelas air yang pertama pada waktu pagi adalah paling penting. Orang ramai mungkin mempunyai tabiat minum segelas air sebaik sahaja bangun dari tidur. Namun, adakah anda tahu akan cara betul untuk minum segelas air yang pertama ini?


5 Manfaat Utama Minum Air Suam Pada Waktu Pagi

 1. Menggantikan kandungan air dalam badan.
Air dibebaskan dari tubuh badan manusia melalui kulit, pernafasan dan air kencing pada waktu malam semasa tidur. Kira-kira 450ml air akan dibebaskan daripada tubuh badan manusia. Oleh itu, tubuh manusia akan kekurangan air semasa bangun tidur. Minum air pada waktu pagi akan menggantikan kandungan air yang terbebas ini.

2. Mencegah masalah sembelit.
Minum air selepas bangun tidur menggalakkan peristalsis, melembapkan gastrousus dan mencegah masalah sembelit.

3. Membersihkan gastrousus.
Lazimnya perut kita kosong semasa bangun tidur. Oleh itu, minum air pada ketika ini akan membersihkan gastrousus dan mengurangkan kepekatan asid perut. Gastrousus akan berada dalam keadaan optimal.

 4. Menyegarkan minda.
Air yang diminum sebaik sahaja bangun dari tidur akan mudah diserap ke dalam darah melalui kapilari darah usus. Ini akan mengurangkan kepekatan darah dan menambahkan jumlah darah dalam badan. Peredaran darah akan menjadi lebih lancar dan membantu mencegah penyakit kardiovaskular serta menyegarkan minda kita dengan cepat.

 5. Tujuan kecantikan.
Air yang diminum sebaik sahaja bangun dari tidur akan diangkut ke seluruh badan. Ia akan membantu peredaran darah dan menggalakkan metabolisme badan.

Bagaimanakah cara minum yang betul?
Anda digalakkan minum air suam pada waktu pagi sebelum sarapan supaya menghasilkan kesan peredaran darah yang teratur dan pembersihan gastrousus. Cara terbaik adalah minum air secara perlahan-lahan. Hal ini adalah kerana minum air dengan terlalu cepat mungkin mengakibatkan kesan-kesan negatif seperti tekanan darah menjadi rendah dan edema pada bahagian otak yang mungkin menyebabkan sakit kepala, rasa loya dan muntah.