Tip Kecantikan : Cara yang betul untuk mencuci muka, agar kulit licin, cerah dan berseri.
Apa langkah pertama dan yang paling penting untuk perawatan wajah? Jawapannya mestilah mencuci muka kan. Bayangkan la, dah seharian suntuk kita kat luar rumah, segala macam kotoran dah menempek kat muka kita ni. Time cuci muka tu la kita boleh nyahkan semua benda2 yang tak diingini tu. Rasanya semua orang tau tentang ni kan.
Mencuci muka ni bukan setakat pakai pencuci muka tu je ye yer. ada 3 BASIC STEPS yangWAJIB dalam proses mencuci muka ni, iaitu membersih, menyegar dan melembapkan. sebab apa aku kata basic, sebab ada lagi la lain2 tambahan macam scrub, pakai serum, pakai masker, pergi facial etc. tapi actually, 3 BASIC STEPS tu pun dah memadai, janji kena betul2 ikut routine, dua kali sehari.
3 BASIC STEPS
1) MEMBERSIH
2) MENYEGAR (PAKAI TONER LA TU)
* ramai orang skip step ni. tapi actually yang ni penting untuk kasi kulit lagi firm:)
3) MELEMBAP
Tips untuk awet muda aka tegangkan kulit :
Untuk ketiga2 step di atas, gosokan atau sapuan harusla dilakukan dari arah bawah ke atas, iaitu dari dagu ke naik ke pipi. jangan sebaliknya ok:)
Apa yang paling penting, pastikan produk yang kita gunakan tu sesuai dengan kulit kita. tak kira la yang mahal atau murah, yang famous atau tak famous, yang penting product tu bagus.
Antara ciri-ciri produk pencuci muka yang aku kategorikan sebagai bagus:
* harusla yang SELAMAT digunakan, which is tak mengandungi bahan-bahan yang berbahaya. ini sangat penting hokey. if product local, harusla ada kelulusan Kemeterian Kesihatan Malaysia
* TIADA kesan sampingan yang memudaratkan, contohnya kulit mengalami proses pengelupasan yang memedihkan, kulit menipis, kulit jadi merah, kulit mengalami iritasi
* TIDAK menyumbat pori dan TIDAK menimbulkan jerawat
* last sekali, of course la produk tu mampu MENYELESAIKAN masalah kulit yang kita hadapi contohnya kulit berjerawat, berjeragat, kulit kusam dan masalah-masalah lain yang sewaktu dengannya. jadinya kulit pun akan menjadi bersih, cerah dan berseri:)
* paling penting jugak, harusla yang mempunyai LONG TERM effect. maksudnya, takdela dalam sebulan pertama pakai jer cun, lepas sebulan segala masalah datang menempek balik. no no no....